Problem Based Learning in Indonesian is called Pembelajaran Bersasis Masalah. Belajar untuk mengajar edisi ketujuh/buku satu. Terjemahan oleh Helly. Ilmu dan Aplikasi Pendidikan Bagian III: Pendidikan Disiplin Ilmu. /0_Dasa_Ismaimuza_1-10.pdf, diakses, 02 Septemser 2016).
Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya.
Pengenalan Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan.
Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya. Menetapkan peraturan Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, muridmurid memilih untuk bertingkah laku.
Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya.
Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.
Peneguhan Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Apabila murid-murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan.
Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka. Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru. Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah.
Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Pendekatan asertif Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan.
Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Muridmurid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan muridmurid dan bukannya berbentuk ancaman.
Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, „ peraturan kelas kita ialah angkat tangan unutuk menjawab soalan‟ atau „angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak.‟ Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid. Tindakan pembetulan Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada muridmurid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut.
Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya. Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan, pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara-cara ini diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan. Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri.
Berikut merupakan modelmodel modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin). Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya. 1.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar.
Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan.
Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.
Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan. 1.2 Model Disiplin Asertif Canter Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.
Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri. Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, “guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah”.
Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid. Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.
Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu. Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemenelemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini.
Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar. Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut.
Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru. Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala.
Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut.
Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. 3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid.
Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluankeperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah.
Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.
A) Guru yang agresif Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang, kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti „Duduk‟, „Diam‟, „Dengar sini!‟.Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar. B) Guru yang tidak asertif Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid.
Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti „Tolonglah berkelakuan elok sikit‟ atau „Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!‟. Mereka kelihatan kelamkabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.
![Skripsi disiplin pdf Skripsi disiplin pdf](/uploads/1/2/5/3/125373578/678511620.png)
C) Guru yang asertif Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan muridmurid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya.
Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakantindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.
Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid.
Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,„Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan‟ atau „Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak‟. Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru. Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah.
Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru. Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka.
Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.
Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku.
Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada. Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid.
Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif.
Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa. Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.
Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan.
Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.
Satu perkara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh seseorang ibu, bapa, datuk, nenek, penjaga, saudara-mara, dan sesiapa sahaja yang terdekat dalam kehidupan seorang anak kecil ialah membantu mereka memahami 'keajaiban' yang terdapat di sebalik muka depan sesebuah buku' kata Anita Silvey, seorang penulis dan pakar buku kanak-kanak. Buku-buku bergarmbar yang disenaraikan di sini dapat membantu anak-anak meneroka 'keajaiban' itu dan memahami dunia mereka sendiri - bergaul, belajar dan sebagainya. Buku-buku ini dipilih untuk dikongsi dan dibacakan dengan lantang bersama anak-anak. Ia begitu menghiburkan serta dapat pula memberikan semacam inspirasi, harapan dan kefahaman tentang dunia mereka. Semoga senarai buku ini dapat membantu anak anda memilih buku yang mereka gemari dan membawa mereka menyelami alam 'keajaiban' dalam setiap buku. Penulis: Amer Haji Matsom Penerbit: Petaling Jaya: Pustaka Tintamas, 2008 Nombor Rujukan: JP AME Ringkasan: Melukis gambar atau menconteng harta awam adalah satu kesalahan. Cerita ini mengisahkan bagaimana tiga orang sahabat ditangkap kerana menconteng.
Apakah hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka? Penulis: Awang Lamin Penerbit: Kuala Lumpur: Buku Must, 200- Nombor Rujukan: JP AWA Ringkasan: Akibat iri hati, adik sendiri dijadikan mangsa. Hanya hati yang suci sahaja yang dapat menyambung kembali tali persaudaraan mereka. Penulis: Bahasa Othman Penerbit: Kuala Lumpur: Pustaka Buana, 2008 Nombor Rujukan: JP BAH Ringkasan: Sebuah judul dari 'Siri Iktibar Simpulan Bahasa' yang mempunyai 8 judul.
Cerita-cerita begini memberi pembaca kefahaman yang lengkap atas simpulan bahasa 'Buruk Laku'. Penulis: Bahasa Othman Penerbit: Selangor: Penerbitan PCT, 2008 Nombor Rujukan: JP BAH Ringkasan: Ceritanya halus dan disampaikan dalam bentuk kiasan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Begitulah semua lapan cerita yang terdapat dalam 'Siri Teladan Peribahasa'. Diharap anak-anak yang membaca cerita-cerita ini dapat berlatih bertutur dengan adab yang baik. Penulis: Bibi Muhammad Penerbit: Kuala Lumpur: Pustaka Yamien, 2007 Nombor Rujukan: JP BIB Ringkasan: Kolam tempat tinggal binatang-binatang ini selalu diancam oleh pembangunan. Apakah yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan kolam mereka dari turut menjadi korban pembangunan?
Penulis: Hamdah Mohd Ali Penerbit: Subang Jaya: Impiana Publications & Distriibutors, 2008 Nombor Rujukan: JP HAM Ringkasan: Satu daripada 8 judul 'Siri Cegah Jenayah'. Ia mengisahkan seorang murid yang khayal bermain di 'Pusat permainan video'. Untuk menutup kesalahannya, beliau bercakap bohong dan selalu ponteng sekolah.
Mujurlah, dia dapat diselamatkan oleh kawan-kawan dan gurunya yang faham masalah yang dia hadapi. Penulis: Khadijah Hashim Penerbit: Shah Alam: 'K' Publishing, 2008 Nombor Rujukan: JP KHA Ringkasan: Watak-watak penting dalam cerita ini ialah rama-rama, anak ayam, bunga-bunga, dan seorang nenek. Cerita berlatarbelakangkan sebuah kampung. Anak-anak akan mudah faham dan kenal dengan binatang ternakan dan serangga yang terdapat di sekeliling mereka.
Penulis: Khadijah Hashim Penerbit: Selangor: 'K' Publishing, 2008 Nombor Rujukan: JP KHA Ringkasan: Lima judul terdapat dalam 'Siri Aura Fauna'. 'Sedap rumput enak lagi lobak' ditulis dalam bahasa berirama dalam bentuk pantun. Anak-anak akan tertarik dengan ilustrasi yang dilukis jelas dan berwarna-warni. Amat sesuai dibaca bersama anak-anak dan juga, ia adalah satu peluang baik untuk mengenalkan pantun kepada mereka. Penulis: - Penerbit: Selangor: Buku Prima, 2008 Nombor Rujukan: JP MAR Ringkasan: Kumpulan 20 buah cerita kanak-kanak yang pernah diterbitkan di majalah Pa & Ma. Cerita-ceritanya menarik dan menghiburkan.
Tambahan pula, terdapat cara-cara berkommunikasi yang baik yang boleh kita gunakan dengan anak-anak. Yang penting sekali, membaca cerita-cerita ini bersama anak-anak dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu-bapa dan anak-anak.
Penulis: Mastura Abd. Basar Penerbit: Selangor: Sasbadi, 2008 Nombor Rujukan: JP MAS Ringkasan: Hana hilang dompetnya. Sudah puas dia mencari tapi tidak juga jumpa. Hana bersifat kasar dan menuduh kawan-kawannya yang mencuri. Namun, dia hanya memburukkan keadaan. Penulis: Mohd Helmi Anuar Penerbit: Selangor: Byword Publications, 2008 Nombor Rujukan: JP MOH Ringkasan: Apa itu nilai persahabatan?
Persahabatan adalah hubungan baik diantara dua pihak. Orang yang bersahabat tidak seharusnya mengambil kesempatan diatas sahabatnya kerana ini akan menghancurkan talian persahabatan tersebut.
Siri 'Bacaan kegemaranku' mempunyai 8 judul yang mengajar kita nilai-nilai murni ini. Penulis: - Penerbit: Selangor: Education Matters, 2008 Nombor Rujukan: JP MUS Ringkasan: Seekor bangau yang sudah uzur menipu ikan-ikan didalam kolam. Dengan menggunakan helah yang keji, banyak ikan–ikan di kolam itu terpedaya dan menjadi mangsanya.
Bangau telah memakan ikan-ikan itu dengan alasan membawa mereka pindah ke kolam yang baru. Namun, akhirnya Bangau mati dibunuh ketam setelah ia tahu helah si Bangau.
Penulis: Noorisah Kamarudin Penerbit: Selangor: Aneka Publication & Distributors, 2007 Nombor Rujukan:JP NOO Ringkasan: Kisah seorang miskin yang mendapat kekayaan. Malangnya, dia tidak dapat mengawal nafsunya. Apakah yang dilakukannya dan apa pula kesudahannya? Cerita ini dapat menyematkan nilai mulia pada diri anak-anak iaitu mengawal diri dari nafsu tamak haloba. Ini adalah di antara satu kemahiran yang harus difahami oleh semua kanak-kanak.
Penulis: Noorisah Kamarudin Penerbit: Selangor: Aneka Publication & Distributors, 2007 Nombor Rujukan: JP NOO Ringkasan: Pak Malau seorang yang jujur. Dia sering dipersenda dan ditipu oleh orang kampung.
Walaubagaimanapun, nasib menyebelahi Pak Malau kerana dia jujur dan sentiasa menyerah nasib kepada Allah. Penulis: Normah Mustaffa Penerbit: Selangor: Sasbadi, 2008 Nombor Rujukan: JP NOR Ringkasan: Kisah pelayaran Hang Nadim dari Melaka ke India dan Sri Lanka. Apa yang menarik ialah bahasa istana atau bangsawan yang digunakan dalam cerita ini. Tentunya ia sangat berbeza dengan buku-buku cerita yang mengunakan bahasa biasa. Satu cara yang baik untuk menambah kosa kata anak-anak.
Penulis: Norul Azila Arifin Penerbit: Kuala Lumpur: Kualiti Books, 2009 Nombor Rujukan: JP NOR Ringkasan: Satu diantara 12 judul yang terdapat dalam “Siri Nasihat dari Rimba”. Kanak-kanak sangat suka dengan cerita-cerita binatang kerana dunia haiwan sangat menghiburkan.
Disamping itu, anak-anak dapat mengenal persekitaran kehidupan haiwan dan belajar nilai-nilai murni seperti kasih sayang, hormat-menghormati dan tolong-menolong. Penulis: Norziana Penerbit:Kuala Lumpur: Brainmax Enterprise, 2009 Nombor Rujukan:JP NOR Ringkasan: Sepuluh buah cerita dari 'Siri Bacaan Program Nilam'. Kesemuanya adalah cerita-cerita istana semasa negeri-negeri Melayu diperintah oleh raja-raja Melayu. Selain member anak-anak pengalaman mengunakan bahasa istana atau bangsawan, anak-anak juga berpeluang menyingkap sejarah kehidupan dan tata-tertib serta adab zaman itu. Penulis: Ramuzan Dahlan Penerbit: Selangor: Eagle Publications, 2007 Nombor Rujukan: JP RAM Ringkasan: 'Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut badan binasa'.
Berhati-hatilah apabila memilih ungkapan kerana ianya boleh menyinggung perasaan orang walaupun kita tidak bermaksud menghina mereka. Apabila orang sudah tersinggung amatlah susah untuk meminta maaf, seperti kata pepatah – 'kalau sudah tersalah cakap, dua-puluh-empat ekor kerbau tak boleh tarik balik.' Penulis: Razimah Abdul Razak Penerbit: Selangor: Nikaz Publications, 2008 Nombor Rujukan: JP RAZ Ringkasan: Ahmad diberi sebentuk cincin ajaib kerana ia adalah seorang yang baik budi. Apabila memakai cincin itu, Ahmad akan ghaib. Kebolehan ini membuat Ahmad menjadi nakal.
Buku ini ditulis dalam dua aksara, jawi dan rumi. Sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak pernah membaca dalam huruf jawi, Di samping itu, mereka juga dapat diperkenalkan pada tulisan warisan bangsa. Penulis: - Penerbit: Johor: Penerbitan Pelangi, 2007 Nombor Rujukan: JP SEM Ringkasan: Anak-anak akan lebih mengenali semut sebagai kumpulan serangga sosial yang hidup berkampung dan masing-masing mempunyai tugas-tugas khas yang dijalankan dengan jujur. Ilustrasi cantik dan berwarna-warni memperkenalkan sifat-sifat murni seperti rajin, berkerjasama dan bertanggung jawab. Sikap murni ini dapat dijadikan contoh yang baik untuk anak-anak.
Penulis: - Penerbit: Selangor: Little Sun, 200- Nombor Rujukan: JP SI Ringkasan: Ayat-ayatnya mudah dan dicetak dalam huruf yang besar. Ilustrasi berwarna lembut sangat sesuai untuk dibaca bersama dengan anak-anak yang belum mengenal huruf.
Terdapat empat judul dalam Siri Cerita Moral ini. Penulis: Wan Sukeri Wan Ibrahim, Shamsudin Othman Penerbit: Putra Jaya: Selangor: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia: Sasbadi, 2008 Nombor Rujukan: JP WAN Ringkasan: Mengisahkan perihal seorang puteri bangsawan waktu zaman pemerintahan Melaka. Tun Fatimah ialah seorang yang cantik rupawan, manis mulut, baik ahlak dan mulia hati. Ini menyebabkan beliau menjadi rebutan dikalangan orang-orang berkuasa, berpangkat dan berharta sehingga menimbulkan banyak fitnah keatas keluarganya. Bagaimana Tun Fatimah mengatasi masalah-masalah ini sehingga digelar srikandi?
Penulis: Zahani Md Nor Penerbit: Selangor: Ilmu Bestari Utara Enterprise, 2008 Nombor Rujukan: JP ZAH Ringkasan: Seorang yang mulut manis dan baik hatinya mendapat emas sebagai balasan. Tetapi, hati yang busuk dan bahasa yang kasar akan mendapat balasan yang setimpal. Satu cerita yang menarik untuk diceritakan pada anak-anak.
Penulis: Zuelin Ayub Penerbit: Selangor: Penerbit Zharfan, 2008 Nombor Rujukan: JP ZUE Ringkasan: Ayah Hafizam sakit lumpuh. Adiknya pula sakit jantung.
Ibunya terpaksa menyara keluarganya dengan berkerja di kilang kasut. Hafizam yang cerdik, rajin dan prihatin dengan keadaan keluarganya, menjadi pemain muzik jalanan untuk mendapatkan sedikit wang saku. Kawan-kawannya menghinanya, tetapi ada juga yang menyokongnya. Patutkah dia berhenti menjadi pemuzik jalanan dan hanya tumpukan kepada pelajarannya?
The book covers are the copyright of the respective publishing companies.